Asyraf Wajdi Dusuki Act 342 harsher punishment
Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO sama sekali tidak akan berhenti memperjuangkan harapan rakyat yang mahu pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) biarpun dituduh mahu meraih keuntungan politik.

Datuk Asyraf Wajdi Dasuki menegaskan perjuangan Pemuda UMNO bagi pengeluaran RM10,000 itu bukanlah untuk menggadaikan masa depan pencarum.

“Benar kami tahu bahawa 67% pencarum KWSP mempunyai kurang RM240 ribu simpanan bagi persaraan mereka. Tapi adakah kita merasakan rakyat kita ini malas sangat sehinggakan mereka tidak akan menambah semula simpanan KWSP mereka sebelum bersara?

“Kenapa kita seolah-olah merasakan apabila RM10,000 ini dikeluarkan oleh rakyat, maka ia hanya akan digunakan untuk perkara tidak berfaedah? Sedangkan ratusan ribu rakyat memerlukannya untuk memulakan hidup baru atau sekurang-kurangnya mengekalkan kehidupan sedia ada?,” soal Ketua Pemuda UMNO itu.

Tegas beliau, Pemuda UMNO merasai sendiri rintihan rakyat yang mengadu susah.

Tetapi walaupun susah, rakyat negara masih mempunyai maruah kerana mereka tidak mahu mengemis meminta-minta.

“Rakyat kita hanya mahu sebahagian simpanan mereka,” jelas beliau.

Oleh itu, sebagai kerajaan mesti mempunyai kepercayaan kepada rakyat.

Katanya, kerajaan yang tidak percaya kepada rakyat, tidak akan kekal lama menjadi kerajaan.

Asyraf turut menegaskan Pemuda UMNO tidak memerlukan perjuangan ini untuk keuntungan politik kerana ketika i-Citra dan i-Sinar yang menjadi perjuangan sayap UMNO itu diluluskan kerajaan, ia tidak pernah mengisytihar itu adalah perjuangannya seorang.

“Malah kami biarkan sahaja parti lain ‘claim credit’ walaupun merekalah antara yang paling lantang mengecam kami sebelumnya

”Pemuda UMNO akan sentiasa bersama menggemakan suara rakyat kerana walau pedih dan sakit perlian manusia, tidak akan sama dengan senyum rakyat yang menggenggam tangan berterima kasih atas usaha kami semua,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast