ENGLAND – Lebih 270 orang menyeberangi Selat Inggeris dengan bot kecil pada hari Ahad, menurut Pejabat Dalam Negeri.
Ia berlaku selepas lebih 900 orang menyeberang pada hari Khamis dan Jumaat.
Pegawai Pasukan Sempadan membawa 274 orang dalam 11 bot ke Pelabuhan Dover, manakala pihak berkuasa Perancis memintas 178 orang lagi daripada berlepas ke United Kingdom (UK).
Hampir 28,000 orang telah menyeberang dengan menggunakan bot kecil tahun ini, berbanding 8,400 pada tahun lalu.
Bulan lalu, 27 orang, termasuk 17 lelaki, tujuh wanita – seorang daripadanya hamil – dan tiga kanak-kanak, lemas apabila bot mereka karam berhampiran Calais.
Dan O’Mahoney, Komander Selat Inggeris bertekad untuk mensasarkan kumpulan jenayah terancang yang kejam yang menjadi dalang lintasan secara besar-besaran ini.
Selat Inggeris adalah salah satu lorong perkapalan yang paling berbahaya dan paling sibuk di dunia.
Ramai pendatang datang dari beberapa bahagian termiskin dan paling huru-hara di dunia dan ramai yang meminta untuk menuntut suaka sebaik sahajadiambil oleh pihak berkuasa UK. – BBC