Gambar hiasan.

KUANTAN – Seramai 53,916 keluarga mengalami masalah gangguan bekalan air di Pahang berikutan penutupan 13 buah loji Rawatan Air (LRA) peningkatan aras sungai dan terputus bekalan elektrik.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang (PAIP), Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, ia melibatkan daerah Kuantan, Temerloh, Bentong, Lipis dan Raub.

“Penutupan LRA ini telah bermula pada 18 Disember 2021, dengan penutupan empat empat buah LRA,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, bantuan penghantaran bekalan air bersih dan tangki statik juga telah ditempatkan ke kawasan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terjejas.

Menurut Saiful Zaini, kini masih terdapat banyak kawasan yang dinaiki air menyebabkan kesukaran penghantaran bekalan air terawat melalui lori tangki.

“PAIP menasihatkan orang ramai agar senantiasa mematuhi arahan pihak berkuasa,” katanya. – MalaysiaGazette