Jumlah mangsa banjir di Pahang telah meningkat kepada 32,682 orang daripada 8,659 keluarga sehingga pukul 4 petang tadi.- Gambar hiasan.

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pahang telah meningkat kepada 32,682 orang daripada 8,659 keluarga sehingga pukul 4 petang tadi.

Kesemua mereka berada di 253 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah di negeri ini.

Ia menunjukkan peningkatan mangsa yang dipindahkan dengan pertambahan enam PPS.

Menerusi infografik yang disediakan oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, sebanyak 23 jalan masih ditutup.

Kuantan kekal tertinggi mencatatkan 18,308 mangsa daripada 4,762 keluarga dengan menempatan 52 PPS manakala Temerloh pula merekodkan 5,589 daripada 1,455 keluarga melibatkan 58 PPS.

Di Raub, seramai 1,891 daripada 528 keluarga; Jerantut 1,851 daripada 517 keluarga; Lipis 1,907 daripada 586 keluarga; Pekan 1,173 daripada 304 keluarga

Manakala Bera melibatkan seramai 323 mangsa daripada 79 keluarga; Maran 596 mangsa daripada 157 keluarga dan Bentong 1,044 mangsa daripada 271 keluarga. – MalaysiaGazette