Wanita warga emas dikeluarkan selepas tertimbus hingga ke paras pinggang. selepas rumah mereka di Kampung Sungai Penchala dilanda tanah runtuh.

KUALA LUMPUR – Seorang mangsa warga emas tertimbus sehingga paras pinggang dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Palimbayan Indah, Kampung Sungai Penchala, awal pagi ini.

Mangsa yang berusia 70-an itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan di bahagian kaki telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari MERS999 pada jam 1.22 pagi.

Keadaan rumah yang rterjejas akibat berlaku tanah runtuh.

Menurut Komander Operasi Kanan, Khairul Azuwan Ibrahim, setibanya jentera di lokasi kejadian didapati berlaku kejadian tanah runtuh menghempap empat buah rumah kediaman.

Katanya, bomba menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan tiada lagi sebarang bahaya dan lokasi kejadian telah
ditutup atas faktor keselamatan. – MalaysiaGazette