KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor sedang mengesan dua lelaki warga China bagi membantu kes pendakwaan SPRM.

Individu pertama, Yang Guo Feng, 40, mempunyai alamat terakhir di No. 07, Jalan Wisata, 80200 Johor Bahru, Johor.

Manakala individu kedua, Chen Jian Shui, 44, pula dengan alamat terakhir di No. 20-02 Jalan Sri Perkasa 2/19, Taman Tampoi Utama, 81200 Johor Bahru, Johor.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Mohd. Edzwan Mohd. Jadi di talian 012-760 7310. – MalaysiaGazette