Petugas Spritzer memunggah kotak-kotak air untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir.

KUALA LUMPUR – Pengeluar air mineral, Spritzer menghulur bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir dengan mengedar air minuman ke pusat-pusat perpindahan sementara.

Edaran air mineral itu dibuat menerusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ke pusat-pusat pemindahan banjir terpilih di seluruh negara.

“Air botol mineral Spritzer bernilai lebih daripada RM50,000 kini dibawa kepada mangsa banjir dan petugas penyelamat di kawasan-kawasan terjejas, di mana mangsa tidak mempunyai akses kepada air bersih yang penting untuk menyahidrasi dan memastikan kebersihan setiap masa,” kata Spritzer dalam kenyataannya, di sini, hari ini.

Spritzer prihatin terhadap kesengsaraan penduduk yang terjejas akibat bencana banjir di pelbagai lokasi di Semenanjung Malaysia sejak 72 jam lalu dan bersedia menghulurkan bantuan kepada komuniti yang terjejas.

Dalam pada itu, Spritzer menyeru semua lapisan masyarakat supaya berwaspada dengan air yang tercemar dan mengelak meminum air dari sumber yang tidak diketahui.

Orang ramai digalakkan supaya memasak air pili sebelum digunakan untuk meminum, memberus gigi dan sebagainya.

“Jangan menggunakan air yang kurang jernih atau air yang berbau, dan mengelakkan air yang tercemar terkena pada kulit dan mata,” kata Spritzer lagi. – MalaysiaGazette