Viya memiliki puluhan juta pengikut. foto Getty Images

BEIJING – Selebriti internet China dikenakan denda 1.34 bilion yuan (AS$210 juta; £160 juta) kerana mengelak cukai.

Huang Wei, dikenali sebagai Viya, mempunyai berpuluh juta pengikut dan telah menggunakan platformnya untuk menjual pelbagai produk.

Pihak berkuasa di Hangzhou menuduh dia menyembunyikan pendapatan peribadinya serta kesalahan kewangan lain antara tahun 2019 dan 2020.

Dalam catatan di akaun Weibonya, Viya berkata, dia sangat menyesal.

“Saya menerima sepenuhnya hukuman yang dibuat oleh pihak berkuasa cukai,” katanya.

Wanita berusia 36 tahun itu telah menjadi selebriti internet utama di China, didorong oleh pertumbuhan pesat trend membeli-belah dalam talian.

Dia dikenali sebagai “ratu penstriman langsung” China menjual segala-galanya daripada mi hingga pelancaran roket komersial di platform beli-belah dalam talian, Taobao.

Viya sepatutnya menjadi tuan rumah acara jualan kosmetik pada petang Isnin lalu sebelum akaun penstrimannya tidak boleh diakses.

Platformnya yang besar bermakna dia disenaraikan dalam senarai 100 tokoh berpengaruh majalah Time pada 2021. – BBC