Letupan besar berlaku di loji Exxon Exxon Baytown, Texas. foto Reuters

TEXAS – Tiga orang telah diterbangkan ke hospital dan mangsa keempat dibawa dengan ambulans selepas kebakaran meletus di kompleks penapisan dan petrokimia Exxon di Baytown, sini.

Loji itu menempatkan kilang kimia, loji olefin dan kilang penapisan minyak 560,500 tong sehari.

”Pasukan bomba kami sedang berusaha untuk memadamkan kebakaran,” kata Exxon.

Sheriff Harris County Ed Gonzalez berkata, laporan awal menunjukkan terdapat beberapa jenis letupan di loji itu.

Tiada laporan untuk berpindah atau berlindung di penempatan sementara pada masa ini, tambahnya.

Jabatan polis Baytown berkata, unit loji yang terjejas dalam kejadian itu memproses bahan dengan komponen petrol.

Sumber yang biasa dengan operasi kompleks Baytown berkata, kebakaran itu berada di Loji Olefin Baytown tetapi tiada butiran lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast