banjir
Boxer koyak antara barangan yang disumbangkan untuk mangsa banjir.

KUALA LUMPUR – Pada ketika pelbagai bantuan termasuk dalam bentuk baju terpakai diderma untuk meringankan beban mangsa banjir, kemunculan benda yang “tidak kena” pula membingungkan orang ramai.

China Press melaporkan, antara barang yang tidak kena itu termasuk boxer lelaki yang berlubang, pakaian tidur dan seluar dalam seksi serta baju renang berkain jarang.

Seorang lelaki menggunakan Tiktok untuk berterima kasih atas sumbangan pakaian terpakai yang boleh dihantar kepada mangsa banjir, tetapi dia kemudian menunjukkan sehelai boxer lelaki yang berlubang di belakang.

Lelaki itu seterusnya meminta orang ramai tidak menjadikan kawasan bencana sebagai tempat pembuangan sampah.

Dalam Facebook, netizen juga berkongsi baju terpakai yang tidak kena seperti seluar dalam seksi berwarna merah jambu, baju renang dedah belakang dan juga pakaian tidur dengan corak kulit harimau bintang.

Warganet secara berseloroh berkata, penderma mungkin ingat mangsa banjir juga menggemari pakaian seksi seperti mereka.Walaupun begitu, masih ada yang berpendapat mungkin pakaian seksi itu boleh digunakan oleh mangsa bukan Islam.  – MalaysiaGazette