new record Covid-19 booster dose daily cases
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Perkembangan terkini Covid-19 menyaksikan sebanyak 4,421 kes sembuh setakat jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes sembuh mencatatkan 2,661,495 kes atau 97.2 peratus hari ini.

“Ketika ini sebanyak 324 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 253 telah disahkan Covid-19 manakala 68 kes disyaki kemungkinan dan masih dalam siasatan.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 175 kes dengan 107 telah disahkan Covid-19 manakala 68 kes disyaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Noor Hisham lagi, dari 3,160 kes harian yang dilaporkan, sebanyak 66 kes adalah dalam kategori 3, 4 dan 5 manakala 3,094 kes pula terdiri kategori 1 dan 2.

Dalam pada itu, Noor Hisham turut mendedahkan kes import yang dilaporkan sebanyak 156 kes manakala kes tempatan pula sebanyak 3,004 kes.

Jumlah kluster yang dilaporkan pada hari ini ialah 6,101 kluster dengan tiga daripadanya adalah kluster baharu, kluster tamat pula sebanyak 5,878 dan jumlah kluster aktif sebanyak 223. -MalaysiaGazette