Desmond Tutu. foto dw.com

CAPE TOWN – Desmond Tutu, penerima anugerah Nobel Keamanan yang membantu menamatkan apartheid di Afrika Selatan, meninggal dunia pada usia 90 tahun.

Presiden Cyril Ramaphosa berkata, kematian ahli gereja itu menandakan “satu lagi babak sedih kepada generasi Afrika Selatan”.

Beliau berkata, Tutu telah membantu mewariskan “Afrika Selatan yang telah dibebaskan”.

Mendiang merupakan salah seorang tokoh terkenal di dalam dan luar negara.

Seorang kontemporari ikon anti-apartheid Nelson Mandela, Tutu adalah seorang penggerak untuk menamatkan dasar pengasingan kaum dan diskriminasi yang dikuatkuasakan oleh kerajaan minoriti kulit putih terhadap majoriti kulit hitam di Afrika Selatan dari 1948 hingga 1991.

Beliau telah dianugerahkan hadiah Nobel pada tahun 1984 kerana peranannya dalam perjuangan untuk menghapuskan sistem apartheid.

Kematian Tutu berlaku hanya beberapa minggu selepas presiden terakhir era apartheid Afrika Selatan, FW de Clerk, meninggal dunia pada usia 85 tahun.

Presiden Ramaphosa berkata, Tutu adalah “pemimpin rohani ikonik, aktivis anti-apartheid dan pejuang hak asasi manusia global”.

Dia menggambarkannya sebagai “seorang patriot tanpa tandingan; seorang pemimpin prinsip dan pragmatisme. – BBC

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast