Gambar hiasan. foto Getty Images

SINGAPURA – Harga minyak bercampur-campur dalam dagangan hari ini dengan dengan Brent naik.

Manakala niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) susut selepas syarikat penerbangan membatalkan beribu-ribu penerbangan di Amerika Syarikat semasa cuti Krismas ekoran peningkatan jangkitan Covid-19.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate AS turun AS$0.41 atau 0.6%, kepada AS$73.38 setong menjelang 0053 GMT.

Kontrak itu tidak diniagakan pada Jumaat lalu kerana pasaran AS ditutup kerana cuti Krismas.

Minyak mentah Brent naik AS$0.40 atau 0.5%, kepada AS$76.54 setong selepas turun 0.92% pada Jumaat lepas.

Kedua-dua kontrak melonjak 3% kepada 4% minggu lepas selepas data awal mencadangkan varian Omicron Covid-19 hanya menyebabkan gejala ringan.

Walau bagaimanapun, varian ini sangat mudah ditularkan menyebabkan bilangan kes Covid-19 meningkat di seluruh dunia. – MalaysiaGazette