construction worker Bangladeshi murder girlfriend killing Indonesian woman Apartment Sri Nipah Kamruzzaman (blue shirt) was charged with the murder of his girlfriend at the George Town Magistrate Court today.
Kamruzzaman (blue shirt) was charged with the murder of his girlfriend at the George Town Magistrate Court today. Kamruzzaman (baju biru) didakwa atas dua pertuduhan termasuk kes bunuh di Mahkamah Majistret George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang buruh binaan warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh kekasihnya pada 4 Disember lalu.

Tertuduh, Kamruzzaman, 37, mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Majistret R. Manomani.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes berkenaan di bawah kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Sumita, 45, yang merupakan warga Indonesia.

Tertuduh (baju biru) didakwa membunuh wanita warga Indonesia pada 4 Disember lalu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah unit kediaman di Sri Nipah, Medan Nipah, Sungai Dua di sini antara pukul 9.30 malam pada 4 Disember hingga 1.20 pagi, 6 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Nazri Abdul Rahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 28 Februari 2022 bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Sementara itu, Kamruzzaman dijatuhkan hukuman penjara lima bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tinggal lebih masa di Malaysia tanpa sebab munasabah sedangkan pasport miliknya tamat tempoh pada 12 Mei 2019.

Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan tinggal lebih masa di Malaysia.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada jam 2 petang, semalam dan dituduh mengikut Seskyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 atau  penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh jatuh hukum.

Wanita ditemui mati, ada kesan kelar di leher, dada dan perut

MalaysiaGazette pada 6 Disember lalu melaporkan, seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dengan empat kesan kelar termasuk pada lehernya di sebuah kediaman, tingkat tiga Apartmen Sri Nipah, Sungai Nibong di sini.

Mayat wanita berusia 45 tahun itu ditemui dua lelaki warga Bangladesh kira-kira jam 11.30 malam dalam keadaan berlumuran darah sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak polis.

Hasil pemeriksaan pihak forensik mendapati terdapat kesan kelar pada belakang telinga, perut, dada serta leher mangsa sepanjang 13 sentimeter. – MalaysiaGazette