Home Seni Hidup Pulang dari Turki, Aliff Syukri kena Covid-19 tahap tiga

Pulang dari Turki, Aliff Syukri kena Covid-19 tahap tiga

KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dijangkiti Covid-19 tahap tiga selepas pulang bercuti dari Turki.

Aliff, 34, yang kini dirawat di sebuah hospital berkata, doktor mengesahkan dia terkena jangkitan virus itu tahap tiga yang boleh memberi kesan kepada sistem pernafasan.

“Semua sahabat atau sesiapa saja yang mengenali saya, saya memohon kemaafan sekiranya pernah menyakiti awak.

“Saya ditahan di wad untuk rawatan. Doakan saya cepat sembuh kerana saya dijangkiti Covid-19 tahap tiga membabitkan paru-paru saya. Maaf sekiranya pernah berkasar, maaf sekiranya pernah mengumpat, maaf sekiranya pernah termakan sengaja atau tidak.

“Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik datang daripada Allah SWT. Rasa lega dah mohon maaf dekat semua, takut umur tak panjang,” tulis Aliff di Instagram miliknya.

Sebelum ini, Aliff dan keluarga serta ibunya bercuti ke Turki pada 15 Disember lalu dan pulang ke Malaysia, baru-baru ini.

Sementara itu, isterinya Datin Seri Nur Shahidah Mohd Rashid dan anak-anak mereka sedang menjalani kuarantin di rumah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast