Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan pasaran menerima berita mengenai prospek penurunan Petronas, selain aktiviti pengambilan untung menjelang hujung minggu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelabur luar pesisir memasuki pasaran Malaysia untuk minggu pertama selepas aliran keluar lima minggu berturut-turut.

Berdasarkan data daripada Bursa Malaysia, pelabur antarabangsa membeli sebanyak RM17.77 juta ekuiti tempatan pada minggu terakhir 2021 berbanding RM38.16 juta yang dijual pada minggu sebelumnya.

Pada 2021, dana antarabangsa adalah pembeli bersih selama 22 minggu.

Ketika pasaran dibuka semula pada Isnin lepas, pelabur institusi tempatan dan pelabur asing masing-masing menjadi pembeli bersih berjumlah RM2.73 juta dan RM56.73 juta.

Manakala pelabur tempatan adalah penjual bersih sebanyak RM59.46 juta.

MIDF Research berkata, pelabur asing adalah pembeli bersih untuk majoriti minggu kecuali pada hari Rabu dan Jumaat.

Aliran masuk asing terbesar dicatatkan pada hari Selasa iaitu RM110.37 juta.

Menurutnya, pelabur runcit adalah penjual bersih pada setiap hari minggu lepas, trend berbeza daripada aliran sepanjang 2021.

Jualan bersih terbesar oleh pelabur runcit direkodkan pada hari Jumaat iaitu RM105.28 juta.

Untuk sepanjang minggu lalu, pelabur peruncit menjual ekuiti bernilai RM292.59 juta di Bursa Malaysia, kata firma penyelidikan itu.

Ini adalah minggu kedua peruncit mencatat jualan bersih selepas aliran masuk sembilan minggu berturut-turut.

Sementara itu, institusi tempatan merekodkan belian bersih mingguan terkumpul sebanyak RM274.82 juta.

Pelabur institusi pula adalah pembeli bersih untuk minggu ini kecuali pada hari Selasa yang merekodkan jualan RM56.39 juta.

Belian bersih terbesar pada hari Jumaat berjumlah RM217.98 juta.

Untuk kumulatif 2021, pelabur peruncit merupakan pembeli bersih pasaran ekuiti dengan nilai RM12.14 bilion.

Sementara itu, pelabur institusi dan pelabur asing merupakan penjual bersih tahun lalu, masing-masing sebanyak RM8.99 bilion dan RM3.15 bilion.

Dari segi penyertaan, pelabur runcit, institusi tempatan dan pelabur asing masing-masing mencatatkan pergerakan mingguan sebanyak 12.85%, 26.32% dan -12.30% dalam purata nilai dagangan harian (ADTV). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast