Ronaldo (kiri). Foto The Sun Daily.

LONDON – Legenda bola sepak Brazil, Ronaldo disahkan positif Covid-19 sekaligus kehadirannya bagi sambutan ulang tahun ke-101 pasukan pertamanya, Cruzeiro dibatalkan.

Kelab itu dalam satu kenyataan berkata, penyerang berusia 45 tahun itu hanya mengalami gejala ringan dan sedang dikuarantin.

“Ronaldo sihat cuma muncul simptom ringan dan dia kini akan berehat dan mengasingkan diri mengikut nasihat perubatan” kata Cruzeiro yang dibeli Ronaldo bulan lalu menerusi Twitter.

Ronaldo yang juga bintang Piala Dunia Brazil pada 2002 sebanyak tiga kali diumumkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA.
Pada 18 Disember lalu, dia mengumumkan membeli saham Cruzeiro yang mana ia merupakan kelab pertamanya memulakan karier profesional pada 1993 ketika berusia 16 tahun.

Dia meledak 56 gol dalam 58 perlawanan buat skuad yang berpangkalan di Belo Horizonte itu sebelum meraikan karier gemilang di Eropah bersama PSV Eindhoven, Barcelona, Inter Milan, Real Madrid dan AC Milan.

Ronaldo menang Ballon d’Or pada 1997 dan 2002.

Dia menamatkan karier bersama pasukan berpangkalan di Sao-Paulo, Corinthians pada 2011. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast