Gambar tular di media sosial menunjukkan beberapa individu memakai baju MUDA meminum arak hari ini.- Gambar Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menganggap banyak usaha dilakukan mahu menjatuhkan partinya sejak kebelakangan ini.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Muar berkata demikian merujuk kepada gambar tular di media sosial menunjukkan beberapa individu memakai baju MUDA meminum arak hari ini.

Malah antara netizen yang memuatnaik hantaran itu mengaitkan gambar berkenaan dengan wang orang ramai (crowdfunding) yang diterima Parti MUDA.

“Tak perlu fitnah MUDA guna duit crowdfunding. Semua kita sudah tunjuk.

“Saya buat sidang media khas tunjuk resit pembelian. Semua transaksi direkod dan kita akan audit lepas misi banjir.

“100 peratus sumbangan adalah kepada mangsa banjir. Banyak usaha nak jatuhkan MUDA beberapa hari ini,” katanya dalam Twitter yang mengepil hantaran gambar berkenaan hari ini.

Sebelum itu, seorang netizen mempersoalkan gambar berkenaan dengan mengaitkannya dengan ahli Parti MUDA.

“Hello YB SyedSaddiq. Ini ke orang muda yang dibanggakan Parti Muda boleh menggegar dunia? Face with tears of joyFace with tears of joy Minum besar ea geng @partimuda. Guna duit crowdfunding ke?” tulis netizen dengan nama Shawal di Twitter.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast