Thiago Silva.

LONDON – Pertahanan tengah Chelsea, Thiago Silva dilanjutkan kontraknya bersama juara Eropah itu selama setahun hingga penghujung musim 2022/23, umum kelab itu.

Pemain berusia 37 tahun itu menyertai Blues dari Paris Saint-Germain pada 2020 menerusi perjanjian selama setahun.

Pemain Brazil itu kini menjadi tonggak ketika Chelsea menang Liga Juara-Juara musim lalu dan berada di belakang pendahulu, Manchester City dalam Liga Perdana.

“Bermain bersama Chelsea ialah satu penghormatan dan saya tidak pernah merasakan akan bermain tiga tahun di kelab hebat ni,” kata Silva kepada laman sesawang Chelsea.