Some teenagers doing net fishing without heeding their personal safety.
Some teenagers doing net fishing without heeding their personal safety. Sebahagian remaja melakukan aktiviti menjala tanpa memikirkan keselamatan mereka.

SEGAMAT – Orang ramai tidak seharusnya menjadikan bencana banjir sebagai pesta air hingga sanggup menggadaikan nyawa dan keselamatan mereka.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Penguasa Bomba (PgB) Rasidi Md Yunos berkata, ini kerana terdapat sebahagian individu yang menjadikan bencana banjir sesuatu yang menyeronokan dengan melakukan aktiviti seperti menjala ikan selain membenarkan anak mereka bermain banjir.

“Mereka ini melihat banjir ini sebagai satu pesta pula di mana masyarakat tanpa bersalah boleh buat tik tok di mana tiada pakai jaket keselamatan.

“Mereka ini boleh berlumba lagi naik bot kecil macam ada pesta pula. Ini satu sikap tidak baik atau tidak bagus untuk keselamatan pihak mereka jadi saya harap tolong patuhi arahan pihak berkuasa. Patuhi SOP.

Rasidi Md Yunos

“Saya ingin sekali lagi memberi nasihat pada semua patuhi arahan pihak berkuasa sebab kami di peringkat penyelamat mengambil berat nyawa rakyat. Sebab itu mana laluan tidak selamat kami tutup, kami telah buat lencongan jadi nasihat saya patuhi arahan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika memberi kesedaran kepada masyarakat sewaktu banjir, di sini, hari ini.

Sejak hujan lebat berterusan selama empat hari, Segamat merupakan antara daerah yang teruk terjejas akibat banjir.

Sebanyak 901 keluarga dengan 3,989 mangsa banjir dipindahkan ke 52 Pusat Perpindahan Sementara (PPS) di daerah tersebut..

Tinjauan di Kampung Alai mendapati terdapat remaja melakukan aktiviti menjala ikan dengan menaiki sampan tanpa memakai jaket keselamatan.

Selain turut kelihatan kanak-kanak bermain air banjir tanpa pengawasan orang dewasa.

Walaupun mereka mengakui aktiviti itu berbahaya namun golongan remaja yang ditemui memberikan alasan aktiviti menjala hanya sekadar menghabiskan waktu terluang.

Wan Abdul Hazeeq, 20, mengakui ibunya juga sentiasa menasihati beliau supaya berhati-hati.

Wan Abdul Hazeeq

“Sebab kita orang sudah biasa sebab setiap kali hujan ini semua, cuma sudah lama tidak banjir tetapi kali ini teruk sikitlah.

“Bahaya itu memang bahaya tetapi budak-budak kecil kita tidak bagilah,” katanya ketika ditemui di Kampung Alai, di sini.

Sementara itu, Mohammad Firdaus Jamiran, 21, mengakui apa yang dilakukan mengabaikan aspek keselamatan.

Mohd Firdaus Jamiran

“Banjir-banjir ini memang kita memancing dan menjaring sebab air sudah naik di situ.

“Memang keselamatan sangat penting, jangan abai aspek semua ini,” katanya.

Menurutnya, ikan keli dan ikan lampam merupakan antara ikan yang boleh diperoleh hasil daripada menjaring. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast