Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur enggan mengarahkan penangguhan perbicaraan berprofil tinggi, penyewelengan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah tetap meneruskan prosiding walaupun telah dimaklumkan saksi ke-12, bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB, Azmi Tahir terpaksa cuti sakit kerana demam dan tidak dapat memberikan keterangan hari ini.