Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR – Pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikaitkan dengan tuduhan yang boleh menjejaskan kredibiliti serta komitmen kerajaan dalam membanteras rasuah direhatkan sehingga siasatan selesai.

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sayap parti itu memandang serius isu ini dan ianya menjadi suatu kewajipan kepada pihak kerajaan terutama kepada pimpinan perdana menteri untuk mengambil langkah segera dan mengadakan siasatan secara bebas dan terbuka.

“Kita juga dengan penuh hormat menyarankan supaya semua yang terlibat, termasuk pegawai tertinggi SPRM yang terbabit dalam isu tersebut direhatkan sehingga siasatan selesai dan nama mereka yang terbabit dibersihkan.

“Ini bagi memastikan ketelusan dalam siasatan serta membuktikan keseriusan kerajaan dalam menegakkan kedaulatan undang-undang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam sidang media Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) semalam, pengerusinya, Tan Sri Abu Zahar Ujang memaklumkan pihaknya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berhubung isu pemilikan saham yang didakwa atas namanya.

Beliau dilaporkan berkata, Azam tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam pemilikan saham seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, beliau percaya perkara itu harus diambil serius oleh kerajaan bagi menangkis persepsi buruk kepada kerajaan dan negara serta memastikan integriti terus terpelihara.

“Semoga Malaysia sentiasa dipelihara Allah dan kedaulatan undang-undang terus ditegakkan dengan amanah dan berintegriti,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. terkena batang hidung MP2/ADUN/VIP ada pula istilah dREHATKAN dan AMBIL CUTI MALAHAN BOLEH BERKEMPEN DAN RASMI MAJLIS2…tetapi jika rakyat biasa yg terlibat dan baru dalam DAKWAAN saja sudah bergari dan berbaju LOKAP PESALAH…..HEBATNYA UNDANG2 MALAYSIA

  2. Buka direhatkan dan dibersihkan oleh Lembaga Penasihat…patut didakwa & dibersihkan di mahkamah..memalukan sungguh!

Comments are closed.