Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bercakap kepada media pada Program Mega Pembersihan Pasca Banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 08 JANUARI 2022.

SHAH ALAM – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menolak kemungkinan bantuan kos pembinaan semula rumah yang terjejas akibat banjir tidak terhad kepada RM56,000 sahaja.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ini kerana terdapat kerajaan negeri yang bersedia untuk menambah peruntukan sedia ada Kerajaan Peruntukan itu bagi membantu memperbaiki rumah mangsa banjir.

“Pembaikan rumah saya akan buat sidang media bersama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk maklumkan jumlah keseluruhannya dan jumlah mereka yang terlibat dengan pembaikan dan pembinaan baharu (rumah).

“Cuma boleh tahu Perdana Menteri sudah maklumkan bahawa rumah kosnya RM56,000 dan ada juga negeri-negeri yang mahu tambah, ia mungkin pergi kepada RM70,000 dan bergantung kepada negeri.

“Kita dalam perancangan perbincangan dengan kerajaan negeri, ada negeri nak tambah banyak, ada negeri tambah kurang, di Selangor negeri kaya dia tambah banyak,” katanya pada sidang media di Taman Sri Muda hari ini.

Pada 31 Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan kepada mangsa banjir yang mengalami kemusnahan rumah secara total bakal menerima lebih tinggi mencecah RM61,000.

Manakala bagi kerja-kerja pembaikan kediaman pula bantuan yang diberikan sehingga RM15,000 manakala rumah yang musnah dan tidak boleh diduduki, bantuan sehingga RM56,000 akan diberikan untuk setiap unit rumah dibina baharu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast