Emmanuel Oti. Facebook Melaka United.

KUALA LUMPUR – Bekas pemain kelab Liga 1 Indonesia, Madura United kelahiran Ghana, Emmanuel Oti dikhabarkan semakin hampir menyertai Melaka United FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.

Oti, 25, beraksi selaku pemain sayap kiri iaitu posisi sama dengan Sony Norde yang dikhabarkan turut menerima tawaran dari pasukan Kedah Darul Aman FC.

Jika spekulasi itu menjadi kenyataan, Oti dijangka bergandingan dengan Adriano Narcizo.

Dia juga merupakan bekas pemain Vegalta Sendai di Liga Jepun.

Namun menurut rekod lampau, Oti merupakan pemain yang kerap mengalami kecederaan.

Pada tahun 2016 sehingga 2018, dia telah disisihkan selama 193 hari keseluruhan kerana kecederaan bahu dan juga cedera pangkal peha.

Pada musim 2021 di Jepun, Oti juga tersisih selama 71 hari keseluruhan kerana mengalami kecederaan hamstring dan hernia.

Dia hanya sembuh dan bebas dari kecederaan pada Oktober lalu. – MalaysiaGazette