GAZA – Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Nasional mengumumkan penahanan seorang individu yang terbabit dalam pembunuhan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Fadi al-Batsh di Malaysia pada 2018.

Jurucakap kementerian itu, Iyad Al-Bazm berkata, ‘dalam aspek perkhidmatan keselamatan’ susulan pembunuhan Al-Batsh pada 21 April 2018 dan menerusi siasatan yang dijalankan oleh Keselamatan Dalaman, pengakuan salah seorang individu yang ditahan menyatakan pembabitannya dan mendakwa pembabitan  Mossad dalam pembunuhan itu.

Dalam pembunuhan kejam itu, Dr. Fadi ditembak dari jarak dekat oleh dua orang lelaki yang memakai topi keledar menutup muka ketika dalam perjalanan untuk menunaikan solat subuh di Setapak, Kuala Lumpur.

Dr. Fadi yang juga imam ditembak ketika berjalan keluar dari kediamannya di Kondominium Idaman Puteri untuk ke surau.

Menurut Al-Buzum, siasatan kes tersebut telah siap. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast