Angka korban akibat Covid-19 bertambah setiap hari. - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 23 kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Daripada jumlah itu, empat kematian berlaku di luar hospital (BID).

Pertambahan kes itu menjadikan jumlah kematian terkumpul terus meningkat kepada 31,678.

KKM berkata, Terengganu merekodkan kes kematian tertinggi sebanyak lapan kes, diikuti Kedah (empat), Kelantan (tiga) dan Perak (dua).

Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Sabah masing-masing merekodkan satu kes kematian.

Negeri-negeri lain sifar kes kematian.

Tambahnya, setakat semalam sebanyak sebanyak 39,927 kes aktif dengan 248 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, sebanyak 117 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette