Bursa Malaysia
Logo Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Pelabur asing menjadi penjual bersih minggu lalu dengan menyaksikan aliran keluar sebanyak RM62.15 juta.

Ketika pasaran dibuka pada Isnin lalu, pelabur-pelabur asing membeli RM37.35 juta ekuiti tempatan manakala pelabur runcit dan institusi menjual masing-masing sebanyak RM19.28 juta dan RMRM18.08 juta.

Aliran masuk asing terbesar dicatatkan pada hari Isnin sebanyak RM37.35 juta dan aliran masuk terkecil pada hari Rabu iaitu hanya RM19.16 juta.

Untuk minggu lepas, pelabur runcit adalah penjual aktif kecuali pada hari Khamis dengan membeli sebanyak RM37.61 juta.

Aliran keluar bersih terbesar adalah pada hari Jumaat dan terkecil pada hari Selasa, masing-masing berjumlah RM24 juta dan RM15.06 juta.

Ia berbeza bagi pelabur institusi tempatan yang menjadi pembeli bersih kecuali hari Isnin dan Selasa.

Belian bersih terbesar dicatatkan pada hari Khamis sebanyak RM83.17 juta dan jualan bersih terbesar pada hari Isnin sebanyak RM18.08 juta.

Secara keseluruhan, untuk minggu pertama 2022, pelabur institusi tempatan kukuh sebagai pembeli bersih dengan rekod sebanyak RM103.84 juta manakala peruncit dan pelabur asing adalah penjual bersih masing-masing sebanyak RM41.69 juta dan RM62.15 juta.

Dari segi penyertaan, pelabur runcit, pelabur institusi tempatan dan pelabur asing masing-masing mencatatkan pergerakan mingguan sebanyak 21.18%, 3.00% dan 19.16% dalam purata nilai dagangan harian (ADTV). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast