Covid-19 death deaths
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 18 lagi kes kematian Covid-19 semalam, turun berbanding 23 kes kelmarin.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, daripada jumlah itu, dua kematian berlaku di luar hospital (BID).

Pertambahan kes kematian itu menjadikan jumlah terkumpul kepada 31,696.

Johor merekodkan kes kematian tertinggi dengan empat kes, diikuti Kedah tiga kes.

Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Terengganu masing-masing dua kes serta Melaka, Perak dan Kelantan, Melaka masing-masing satu kes.

Lain-lain negeri sifar kes kematian.

Setakat malam tadi, sebanyak 39,742 kes Covid-19 yang aktif dilaporkan.

Daripada jumlah itu, 253 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 106 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast