Seorang lelaki meredah banjir dengan menaiki bot di Bahia, Brazil. foto Reuters

RAPOSOS – Seramai 10 orang maut akibat hujan lebat yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh di Minas Gerais, Brazil.

Koordinator Pertahanan Awam Negeri berkata, mangsa yang terkorban termasuk kanak-kanak perempuan yang berumur 11 tahun.

Selama dua bulan ini, Brazil telah mengalami kerosakan yang besar akibat banjir mengorbankan berpuluh-puluh orang.

Manakala ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal, terutama di negeri timur laut Bahia.

Angka semasa menunjukkan, seramai 17,237 orang terpaksa meninggalkan rumah atau mencari tempat perlindungan susulan ribut.

Daripada 853 majlis perbandaran di Minas Gerais, 145 berada dalam keadaan kecemasan akibat cuaca ekstrem. – MalaysiaGazette