Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 27 kematian terbaharu akibat Covid-19 semalam, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan koronavirus itu menjadi 31,723 orang.

Data CovidNow KKM memaklumkan, sebanyak sembilan kematian berlaku di luar hospital.

Selangor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi sebanyak sembilan kes, diikuti Johor dan Terengganu masing-masing empat kes.

Masing-masing tiga kes di Sabah dan Kuala Lumpur manakala Melaka, Kelantan, Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing satu kes.

Tiada kematian dilaporkan di Putrajaya, Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak dan Labuan.

Menurut data itu, sebanyak 525 kematian akibat Covid-19 pada bulan ini.

Setakat semalam, terdapat 39,913 kes aktif Covid-19.

Daripada jumlah itu 229 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 99 memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast