Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. foto MOHD ADZLAN, 08 NOVEMBER 2020. senior judge sexual harassment naked
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak. foto MOHD ADZLAN

AMPANG – Polis telah melakukan siasatan ke atas seorang hakim kanan mahkamah yang  didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita yang sudah berumahtangga dalam kejadian pada tahun 2020.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya berkata, siasatan kes berkenaan sudah dibuat sejurus polis menerima laporan daripada mangsa.

Pada peringkat ini, siasatan masih dilakukan selepas pihak Timbalan Pendakwa Raya  mengembalikan semula kertas siasatan kes tersebut kerana memerlukan maklumat yang lebih terperinci.

“Ya saya sahkan mengenai insiden ini dan siasatan berhubung kes tersebut masih dijalankan oleh pihak polis,” katanya mengesahkan perkara itu kepada MalaysiaGazette.

Dalam pada itu, sumber memberitahu, mangsa seorang peniaga berusia 57 tahun telah membuat laporan polis mengenai insiden berkenaan pada awal Disember lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.

Laporan polis yang dilihat MalaysiaGazette, mangsa mendakwa dia menerima mesej WhatsApp daripada hakim kanan itu pada bulan Ogos yang mahu menumpang solat di rumahnya dan semasa itu dia sudah pun berada di hadapan rumah wanita tersebut.

Suami wanita itu yang terlantar sakit ada di rumah.

Mangsa mendakwa hakim itu meminta kain pelikat untuk bersolat dan mahu solat di dalam bilik tidurnya walaupun dimaklumkan rumah tersebut ada ruang khas untuk solat.

Dalam laporan itu, wanita berkenaan menyatakan dia tidak tahu mengapa mengalah dengan permintaan lelaki itu.

Setelah lama berada di dalam bilik, wanita itu mendakwa dia mengintai apa yang sedang dilakukan oleh hakim itu dan didapati lelaki itu sedang tidur di atas katil dalam keadaan semua pakaian ditanggalnya.

Tindakan hakim itu menyebabkan mangsa terpaksa tidur di dalam bilik lain.

Lelaki itu kemudian didakwa mengejut mangsa kira-kira jam 3 pagi kerana mahu balik ke rumahnya.

Dia sempat berkata, wanita itu sangat cantik dan kuat iman walaupun diuji dengan perbuatannya.

Wanita itu mendakwa, lelaki itu masih datang ke rumahnya beberapa kali dan sentiasa melakukan gangguan seksual termasuk memeluknya dan mengatakan badannya comel. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast