MGNews: Pembantu Penguatkuasa MPS Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah

Pembantu Penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Firdaus Azad Ab. Hamid, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini, atas tuduhan menerima rasuah.

Ketika pertuduhan dibacakan dia mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan. Hakim Rozilah Salleh kemudian menetapkan ikat jamin RM8,000 selepas mendengar rayuan tertuduh yang merayu minta jumlah dikurangkan dari RM10,000.

Tarikh perbicaraan ditetapkan pada 15 Februari ini dengan kedua pihak iaitu tertuduh dan penjamin, iaitu isterinya perlu hadir bersama bagi memastikan wang jaminan tidak terbatal.