Suspek dibawa ke Mahkamah Taiping hari ini bagi mendapatkan perintah reman.

TAIPING – Seorang lelaki ditahan semalam selepas didapati gagal memasukkan wang yang dikutip dari sebuah bank di daerah ini.

MalaysiaGazette difahamkan, suspek berusia 23 tahun itu dilantik sebuah syarikat kawalan keselamatan untuk membuat kutipan wang di sebuah cawangan bank di daerah berkenaan.

Bagaimanapun, dia gagal memasukkan wang yang dikutipnya pada 28 Disember lalu yang berjumlah lebih RM3,011 ke dalam akaun syarikat.

Bertindak atas laporan dibuat oleh pegawai syarikat berkenaan, pihak polis menahan suspek di pejabat syarikat keselamatan itu kira-kira jam 4 petang semalam.

Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 16 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah. – MalaysiaGazette