Zulkifli Bujang tengah bersama Haji Abdul Bakarr Ali menyerahkan Kotak Prihatin kepada salah seorang penerima bantuan di Parlimen Johor Bahru.

KUALA LUMPUR –  Sebanyak 350 Kotak Prihatin Rakyat telah diagihkan meliputi kawasan-kawasan di Parlimen Johor Bahru bagi membantu meringankan bebanan kos pembelian barang keperluan harian.

Pengerusi Biro Kebajikan Perikatan Nasional (PN) Parlimen Johor Bahru, Zulkifli Bujang berkata, jumlah tersebut akan diagihkan pada setiap bulan dan merupakan program berterusan jangka panjang bagi memastikan lebih ramai rakyat di kawasan parlimen itu dapat dibantu.

“Ketika pandemik ini, ramai yang memerlukan bantuan khususnya bagi mengurangkan kos sara hidup. Justeru, kita akan terus berusaha dalam konteks kebajikan mereka”, katanya.

Parlimen Johor Bahru meliputi dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Stulang dan Larkin. – MalaysiaGazette