Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan atau Rnaught (Rt) penularan Covid-19 berdasarkan kes positif harian yang dilaporkan pada 14 Disember lalu kekal pada 1.00.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak lima negeri merekodkan Rt melebihi 1.00 dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan Rt 1.08, Putrajaya (Rt 1.06), Sabah (Rt 1.05), Melaka (Rt 1.02), Negeri Sembilan (Rt 1.01) dan Selangor (Rt 1.00).

Enam lagi negeri merekodkan kadar kebolehjangkitan di bawah paras 1.00 iaitu Johor (RT 0.99), Pulau Pinang dan Kedah (Rt 0.96), Pahang (Rt 0.94), Perak (Rt 0.93), Kelantan (Rt 0.91) dan Terengganu (Rt 0.80).

Tiga negeri iaitu Sarawak, Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan bacaan Rt sifar. – MalaysiaGazette