Ahli usahawan yang terlibat untuk berdialog di Majlis Dialog Keusahawanan di Pusat Latihan Kejenteraan Pertanian Tanjong Karang, Kuala Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 15 JANUARI 2022.

TANJUNG KARANG – Golongan usahawan mengakui berdepan situasi sukar untuk mengenengahkan perniagaan sekiranya tidak mendapat sokongan daripada pihak kerajaan.

Malah, rata-rata mereka berpendapat, kerajaan adalah platform penting yang sangat diperlukan kerana jika tidak perniagaan yang dijalankan tidak mungkin kekal.

Seorang usahawan koperasi, Zulkifli Hassan, 50, berkata, agensi-agensi di bawah kementerian yang terlibat dalam pembangunan usahawan mempunyai peranan sangat besar dalam membantu kelestarian serta hala tuju perniagaan yang dijalankan oleh usahawan.

Ini kerana katanya, tanpa agensi berkenaan usahawan mungkin boleh bungkus dalam perniagaannya ekoran tidak mendapat bantuan atau apa sahaja keperluan yang dimahukannya.

Zulkifli Hassan

“Kita ni sebagai usahawan perlukan jaringan untuk memasarkan produk yang hendak dipasarkan.

“Jika jaringan itu luas maka lebih pantaslah berkembang sesuatu perniagaan itu dan platform untuk mengembangkannya ada disediakan oleh agensi-agensi dalam kerajaan,” katanya,

Eizwar Salleh, 33, pula berpendapat, kerajaan membantu dalam menyediakan kemahiran yang boleh diadaptasikan untuk perniagaan.

Ujarnya, tidak kira dalam apa jua bentuk perniagaan yang diceburi, kemahiran dalam sesuatu bidang merupakan perkara penting kerana tanpanya apa yang diusahakan tidak akan berjaya.

“Kita tak perlu beri sangat berikan bantuan (wang ringgit)…sampai bila mereka nak diberikan bantuan.

Usahawan, Eizwa Salleh

“Mereka ini sebenarnya ada kebolehan tapi tidak diberikan peluang..Jadi kita kena bawa mereka keluar daripada kempompong itu,” jelasnya.

Pandangan sama turut diberikan Norizan Jamil, 54, yang memberitahu, segala sesuatu yang diusahakan akan menjadi mudah jika dibuat dengan bersungguh-sungguh menggunakan kemahiran yang ada.

Katanya, sokongan daripada pihak kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Ushawan dan Koperasi (MEDAC) sangat diperlukan dan disebabkan itu tidak wajar kedua-duanya direggangkan antara sama dengan lain.

“Usahawan ini perlukan bantuan daripada kerajaan dan dengan sokongan yang diberikan pasti boleh berjaya dengan apa yang diusahakan itu.

Norizan Jamil

Sementara itu, seorang peserta Program Latihan Asas Keusahawanan anjuran Pejabat Ahli Parlimen Tanjung Karang, Siti Rahmah Ajak, 45, berkata, dia sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk mengikuti latihan seperti itu.

Katanya, jika diberikan peluang beliau mahu untuk menyertai program tersebut kerana ia banyak memberikan input untuk memajukan diri dalam perniagaan dan ianya sangat bermanfaat.

“Syukur alhamdulillah kerana saya dapat peluang ini…bukan saya sahaja tapi semua anak-anak saya turut menjadi peserta program tersebut.

Siti Rahmah Ajak

“Saya syorkan kepada orang diluar sana jika ada program seperti ini sertailah,jangan sia-siakan peluang yang ada kebaikan dn masa depan mereka sendiri,” tambahnya. – MalaysiaGazette