Ahmad Fakri Saarani.

KUALA LUMPUR – Bekas penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani kembali semula ke Perak dengan menyertai pasukan Liga M3 iaitu Budak Rumah Murah FC atau BRM FC Kuala Kangsar.

BRM FC adalah sebuah kelab yang berpangkalan di Kuala Kangsar di mana pemain berusia 32 tahun ini bakal bergandingan bersama Azmeer Yusof dan Fitri Omar yang merupakan bekas pemain Liga Malaysia sebelum ini.

Pada tahun 2020, Fakri menyertai pasukan Perlis yang beraksi di Liga M3.

Tahun berikutnya pula, bekas pemain Harimau Muda itu menyarung jersi kelab yang beraksi dalam saingan Liga Selangor, Kelana United.

Tahun 2019 merupakan tahun terakhir Fakri beraksi di Liga Super Malaysia iaitu bersama pasukan Juara Piala Malaysia 2020, KL City.

Namun, dia hanya berjaya membuat lapan penampilan tanpa sebarang rekod jaringan.

Pemain yang sinonim dengan gelaran Lord Fakri ini sememangnya mempunyai pengalaman yang luar selepas pernah menjadi tonggak utama skuad kebangsaan U-23 apabila berjaya membantu memenangi pingat emas dalam saingan sukan sea pada tahun 2009 dan 2011. – MalaysiaGazette