Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19 ketika tinjauan eksklusif Malaysia Gazette di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur. Foto FAREEZ FADZIL, 04 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Kes kematian akibat jangkitan Covid-19 semalam turun kepada 12 berbanding 19 sebelumnya.

Ini menjadikan kes terkumpul kematian akibat jangkitan virus itu sebanyak 31,783.

Data Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman sesawang CovidNow menunjukkan tiada kes kematian di luar hospital.

Pahang merekodkan kes kematian tertinggi iaitu tiga kes, diikuti Kedah dan Melaka masing-masing dua kes.

Masing-masing satu kes kematian di Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak masing-masing satu kes.

Sebanyak 41,199 kes aktif dilaporkan termasuk 33,784 dikuarantin di rumah, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) sebanyak 4,080 dan hospital 3,153.

Di hospital pula, seramai 182 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 83 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Malaysia kini merekodkan kes 2,808,347 kes Covid-19. – MalaysiaGazette