Petugas Unit Forensik membawa masuk mayat ke dalam kontena kadaverik 'freezer' berikutan peningkatan kes kematian Covid-19 di Hospital Sultanah Aminah, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 06 JUN 2021.

 

KUALA LUMPUR – Sejumlah 16 kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Daripada jumlah itu, dua kes berlaku di luar hospital (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan kes terkumpul kematian akibat pandemik itu bertambah kepada 31,808.

KKM berkata, Selangor merekodkan lima kes kematian, diikuti Terengganu (tiga) dan masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Manakala Johor, Kedah, Kelantan dan Sabah satu kes.

Sebanyak 40,619 kes aktif setakat malam tadi termasuk 184 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 87 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Malaysia merekodkan sebanyak 2,810,689 kes jangkitan Covid-19 setakat ini. – MalaysiaGazette