Sebanyak 13 kluster baharu Covid-19 hari ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kluster baharu jangkitan Covid-19 bertambah sebanyak 20 hari ini berbanding 17 semalam.

Pada masa yang sama, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 201 kluster masih aktif sehingga kini.

“Jumlah kluster adalah 6,255 dan kluster yang telah tamat adalah 6,054,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut beliau, hari ini sebanyak 2,848 kes sembuh dilaporkan.

Terdahulu Noor Hisham berkata, 38 daripada 3,229 kes positif baharu adalah kategori 3,4 dan 5 manakala selebihnya adalah ketagori 1 dan 2.

“Daripada kes baharu, kes import adalah 239 (175 warganegara; 64 bukan
warganegara);

“Kes tempatan adalah 2,990 yang mana 2,899 warganegara dan 91 bukan warganegara,” tambah beliau.

Selain itu, 162 kes Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 76 lagi memerlukan bantuan pernafasan.- MalaysiaGazette