WASHINGTON – Satu daripada setiap lima rakyat Amerika Syarikat (AS) dijangkiti COVID-19 sejak ia mula dikesan di negara itu, menurut data dari Universiti Johns Hopkins, kata Xinhua.

Sejumlah lebih 66,000,000 kes COVID-19 dilaporkan di seluruh AS pada Selasa, iaitu kira-kira satu perlima daripada populasi AS.

Lebih 851,000 kematian COVID-19 dilaporkan di negara ini setakat Selasa.

AS menyaksikan lonjakan COVID-19 baharu sejak pertengahan Disember disebabkan oleh varian Omicron yang sangat mudah berjangkit.

Negara itu kini mencatatkan purata hampir 800,000 kes COVID-19 baharu dan hampir 1,800 kematian baharu setiap hari, meningkat dengan ketara minggu demi minggu, menurut data terkini daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast