Tun Dr. Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Perkara itu disahkan seorang pegawai bekas bekas Perdana Menteri itu.

“Ya, Tun Mahathir ditempatkan di Unit Penjagaan Koronari (CCU),” katanya ketika ditanya para wartawan menerusi aplikasi WhatsApp.

Ini kali ketiga Ahli Parlimen Langkawi itu dimasukkan ke IJN dan yang pertama pada 16 Disember tahun lalu bagi pemeriksaan kesihatan penuh dan pemerhatian lanjut.

Kali kedua pada 7 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif di IJN.

Dalam pada itu, pegawai yang sama dilaporkan berkata, pihak Dr. mahathir akan mengeluarkan penjelasan tidak lama lagi di sebalik pelbagai spekulasi mengenai Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) itu hari ini.

Terdahulu, media dilihat sudah berkampung di IJN bagi mengikuti perkembangan terkini mengenai Dr. Mahathir.

IJN juga dijangka mengeluarkan kenyataan lewat hari ini menurut pejabat Dr. Mahathir. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Media berkumpul di IJN pantau keadaan terkini Tun Mahathir