Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes harian Covid-19 kembali di bawah angka 4,000 apabila merekodkan sebanyak 3,856 kes pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 2,832,945 kes.

“Daripada jumlah tersebut, 3,364 adalah kes tempatan dengan 3,236 adalah warga tempatan manakala 128 adalah bukan warganegara.

“Kes import pula adalah sebanyak 492 kes dengan 378 daripadanya adalah warga negara dan 114 bukan warga negara.

“Pada masa sama, sebanyak 2,814 kes sembuh dilaporkan bagi tempoh yang sama menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 ialah 2,755,933 individu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham menambah, daripada jumlah kes harian keseluruhan itu, sebanyak 3,821 kes, atau 99.1 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua manakala bali 0.9 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.

Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat 143 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 121 daripada adalah kes disahkan Covid-19 manakala 22 lagi adalah kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

“Bagi kes memerlukan bantuan pernafasan, terdapat 53 kes yang memerlukan alatan rawatan tersebut dengan 43 daripadanya disahkan Covid-19 manakala lagi 10 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham memberitahu, jumlah kluster baharu yang direkodkan pula adalah sebanyak 13 kluster menjadikan jumlah keseluruhan kluster kepada sebanyak 6,306 kluster.

“Sebanyak 235 kluster adalah aktif manakala selebih 6,071 kluster adalah kluster yang telah tamat. – MalaysiaGazette