An earthquake with a preliminary magnitude of 7.1 shook southwestern Japan on Tuesday.

BEIJING – Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud menggegarkan bandar Delingha di barat laut Wilayah Qinghai China pada 10.21 pagi Ahad waktu tempatan, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Memetik laporan akhbar Xinhua, pusat gempa dipantau pada 38.44 darjah lintang utara dan 97.37 darjah bujur timur.

Gempa itu berlaku pada kedalaman 8 kilometer (km), kata CENC lagi.

Setakat ini tiada laporan mengenai kematian atau kerosakan, menurut Agensi Gempa Qinghai.

Kawasan berhampiran pusat gempa mempunyai penduduk yang tidak padat dengan kira-kira 1,200 orang dalam radius 100 km, menurut agensi itu.

Pusat gempa berada sekitar 119 km dari kawasan pusat bandar Delingha dan 439 km dari ibu kota wilayah Xining.- Xinhua

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast