Pintu gerbang Arbeit Macht Frei di Auschwitz, bekas kem kematian Nazi. foto Reuters

WARSAW – Seorang pelancong Belanda ditahan di Poland selepas memberi tabik Nazi di bekas tapak memorial Auschwitz-Birkenau.

Wanita berusia 29 tahun itu membuat isyarat berkenaan di hadapan pintu pagar Arbeit Macht Frei ketika suami dia merakam aksinya.

Wanita itu yang tidak dinamakan didakwa terlibat dalam propaganda Nazi.

Pendakwa raya mengeluarkan denda dan wanita itu setuju membayarnya.

Wanita itu berkata, perbuatan itu adalah jenaka yang tidak baik, lapor agensi berita PAP Poland.

Ia bukan kali pertama warga asing ditahan kerana mempromosikan propaganda Nazi di Poland – setiap pertuduhan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun.

Pada 2013, dua pelajar Turki masing-masing dijatuhi hukuman penjara enam bulan, ditahan selama tiga tahun dan didenda kerana tabik Nazi yang serupa di Auschwitz.

Nazi Jerman membina kem kematian di bandar Oswiecim di selatan Poland selepas menduduki Poland pada permulaan Perang Dunia Kedua pada 1939.

Dalam tempoh empat setengah tahun, Nazi Jerman secara sistematik membunuh sekurang-kurangnya 1.1 juta orang di Auschwitz.

Hampir satu juta daripadannya adalah orang Yahudi.

Mereka yang dihantar pulang ke kompleks kem telah digas, dibiar kelaparan, bekerja hingga mati dan juga dibunuh dalam eksperimen perubatan.

Sebahagian besar dibunuh di kompleks bilik gas di kem Auschwitz II-Birkenau.

Enam juta orang Yahudi mati dalam Holocaust – kempen Nazi untuk menghapuskan penduduk Yahudi Eropah. – BBC