Pusat Alumni UPSI telah melaksanakan program Ziarah Alumni Pahang yang terkesan banjir pada 22 sehingga 23 Januari 2022 yang lalu.- Foto Alumni UPSI.

TANJUNG MALIM – Pusat Alumni Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) telah melaksanakan program Ziarah Alumni Pahang yang terkesan banjir pada 22 sehingga 23 Januari lalu.

Program ziarah bertujuan memberi  bantuan makanan dan wang serta  tanda ingatan yang berpanjangan.

Program berkenaan diketuai oleh Pegawai Pengurusan Alumni UPSI Muhammad Zafir Mohd Saman.

Menurut kenyataan UPSi, walaupun sudah lebih sebulan bencana berlalu namun masih terdapat pemilik rumah yang masih memerlukan bantuan bagi kerja-kerja pembersihan dan menyelenggara.

“Kesan yang teruk dapat dilihat ketika berada di Chenor apabila keadaan halaman rumah dan jalan raya masih dipenuhi lumpur sehingga kini,” kata kenyataan yang sama.

Program yang sama turut pergi ke Karak dan melawat tiga orang alumni yang juga terkesan banjir dengan teruk.

Keadaan rumah di situ separuh ditenggelami air dan memerlukan kos yang tinggi untuk proses penyelenggaraan dan pembersihan.

Mangsa juga memerlukan kos bagi membaik pulih kenderaan mereka yang ditenggelami air.- MalaysiaGazette