Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Jumlah kluster baharu Covid-19 yang ditemui meningkat dengan 22 lagi hari ini.

Menerusi kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan kumulatif kluster yang dikesan di negara ini menjadi 6,371.

Daripada jumlah itu sebanyak 6,097 kluster telah ditamatkan namun, masih terdapat 274 kluster lagi masih aktif.

Dalam perkembangan lain, Dr. Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 4,409 kes sembuh baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah yang pulih sepenuhnya adalah 2,770,663 orang.

Bagaimanapun beliau berkata, terdapat 124 kes kini sdang dirawat di Unit Rawatan Rapi di mana 70 kes daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Terdahulu, hari ini Dr. Noor Hisham memberitahu, jumlah jangkitan baharu Covid-19 terus meningkat dengan hari ini sebanyak 5,439 kes dilaporkan.

Data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kini mencecah 2,850,408 kes.

Semalam, status kes Covid-19 di Malaysia menunjukkan peningkatan dengan 4,744 kes dilaporkan.

Angka itu merupakan kenaikan 678 kes baharu berbanding 4,066 kes yang direkodkan kelmarin.

Data akan dikemaskini pada pukul 12 tengah malam setiap hari. – MalaysiaGazette