Seorang wanita sedang mencari barang miliknya di wilayah Tete di Mozambique. Foto EPA

AFRIKA SELATAN – Afrika Selatan yang dilanda Ribut Tropika Ana telah menyebabkan berpuluh-puluh penduduk terkorban.

Madagascar menyaksikan 41 kematian dan kira-kira 100,000 penduduk telah diarah untuk berada di pusat penempatan sementara.

Di Malawi, sekurang-kurangnya 19 orang telah meninggal dunia.

Ribut itu turut menyebabkan Malawi mengalami gangguan bekalan elektrik dan beberapa kawasan telah diisytiharkan sebagai zon bencana.

Sementara itu, Mozambique melaporkan lebih daripada 12 kematian dengan 20,000 terjejas akibat banjir.

Kira-kira 3,000 rumah di Mozambique musnah sebahagiannya dan lebih 600 lagi musnah secara keseluruhan, anggaran yang dilakukan agensi bencana negara Mozambique.

Hujan lebat dan ribut petir terus melanda beberapa wilayah walaupun selepas ribut sudah berlalu.

Perdana Menteri Carlos Agostinho do Rosário berkata, negaranya tidak meminta  bantuan  tetapi cabarannya lebih besar daripada kemampuan mana-mana negara untuk menangani krisis pasca banjir.

Beliau mengakui bencana ini berlaku akibat cuaca ekstrem.

“Kita adalah negara yang tidak banyak menyumbang untuk perubahan iklim, namun kita adalah antara negara yang paling menderita akibat kesannya,” katanya.

Beliau meminta bantuan antarabangsa – dan Unicef, badan amal kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, ia mengerahkan kakitangan ke negara itu untuk membantu 45,000 orang yang dianggarkan memerlukan bantuan kemanusiaan.

Sementara itu, perkhidmatan cuaca di wilayah itu telah memberi amaran ribut di Lautan Hindi, yang mungkin akan nelanda dalam beberapa hari akan datang. – BBC (https://www.bbc.com/news/world-africa-60157537)