Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Selangor, Norazam Khamis memberitahu bahawa setiap anggota beliau tetap akan bersiap sedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan tentang bencana alam seperti banjir dan lain-lain.

Menurut Norazam, beliau menjangkakan bahawa setiap anggotanya harus bersedia sentiasa sehingga pertengahan bulan Februari ini semasa sidang media dijalankan di Pasaraya Besar Aeon, Shah Alam hari ini.