Covid-19 death ICU Malaysia
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam.

Kementerian Kesihatan berkata, satu kes meninggal dunia di luar hospital.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19 bertambah kepada 31,952.

Kes kematian tertinggi dilaporkan di Johor dan Perak, masing-masing tiga kes, diikuti Pahang dan Sabah dua kes.

Melaka dan Selangor masing-masing satu kes.

Malaysia kini merekodkan 50,050 kes aktif setakat jam 11.59 malam tadi.

Daripada jumlah itu, 2,694 kes dirawat di hospital termasuk 127 di Unit Rawatan Rapi dengan 70 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 43,145 menjalani kuarantin di rumah, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) 4,064 dan hospital (2,694).

Sebanyak 3,284 kes sembuh semalam.

Malaysia kini merekodkan sebanyak 2,838, 002 kes jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi. – MalaysiaGazette